Jumaat, 18 Disember 2009

PELAN KEWANGAN DAN PERLINDUNGAN ISLAM







PELAN KEWANGAN DAN PERLINDUNGAN ISLAM: "Sejarah Perkembangan Takaful
Pada tanggal 15 Jun 1972, satu pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional di mana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa itu adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) dan tidak sesuai dengan prinsip/prinsip islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidak tentuan), maisir (judi), dan riba (faedah).
Para ulama telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada insurans konvensional. Dasar 'Tabarru' menjadi teras utama membina paksi Takaful. Pengendali Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1984. Sejajar dengan itu parlimen telah meluluskan Akta 312 yang dinamakan Akta Takaful 1984.

eTiQa Takaful
eTiQa Takaful dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn Bhd kini telah menjadi salah sebuah Ahli Kumpulan Maybank Berhad. eTiQa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful Keluarga, antaranya MESRA, PRIMA, WARISAN, AFIAH, SAKINAH dan SARJANA. Satu sistem Perancangan Kewangan Islam yang pasti mampu memenuhi permintaan pasaran masa kini. Baru-baru ini eTiQA Takaful juga telah melancarkan Kad Perubatan Islamnya iaitu Takaful Medic Save Rider."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan